SERDANG - Jenama makanan ringan terkenal, NIMS menjadi antara penaja dan rakan strategik bagi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Ketua Pegawai Eksekutif NIMS International Group Sdn Bhd, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, pengunjung boleh menemui produk keluaran NIMS termasuk inovasi terbaharunya, NIMS Chocotub® – Taste of Malaysia: Malaysia's Favourite Flavours di tiga lokasi berbeza sepanjang penganjuran MAHA 2026 dari 28 Ogos hingga 6 September ini.
Jelasnya, lokasi tersebut ialah Dewan A dan Dewan Agribisnes di District 1 serta Kiddies Wonderland di District 3 berhampiran Astana Pavilion negeri-negeri di Malaysia.
"Kolaborasi di Kiddies Wonderland ini dilaksanakan bersama Kids Karangkraf di mana kita adakan pelbagai aktiviti serta tawaran menarik.
"Antaranya produk NIMS dijual pada harga pakej promosi, dalam masa sama pengunjung yang membawa anak-anak boleh menyertai aktiviti mewarna.
"Pengunjung juga boleh menikmati minuman coklat keluaran NIMS di NIMS Cafe. Memandangkan hari kedua di MAHA 2026, saya lihat sambutannya amat menggalakkan jadi diharap momentum ini berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di reruai Karangkraf Kids n NIMS di Kiddies Wonderland MAHA 2026, di sini pada Sabtu.
Penggemar snek ringan boleh mendapatkan produk NIMS untuk RM35 sahaja berbanding harga asal RM47.70 untuk kombo tiga Crispy Choco Tup termasuk perisa terbaharunya, Teh Tarik Crunch, Onde Onde Crunch dan Sirap Bandung Laici Crunch.
Tengku Norhanim turut memaklumkan, pihaknya dalam masa sama giat mempromosikan kempen Beli dan Menang pelbagai produk NIMS dengan tawaran hadiah keseluruhan sebanyak RM150,000.
Dilancarkan sejak 8 Ogos lalu, katanya, pengunjung berpeluang membawa pulang hadiah utama Proton e.MAS 5 dengan hanya perlu membeli sekurang-kurangnya satu produk NIMS.
"Bukan kereta sahaja, ada pelbagai hadiah menarik lagi seperti iPhone 17 Pro Max, iPhone 17 Pro, skuter jenama WMoto, televisyen bersaiz 60 inci, 'air fryer', kepingan bar emas, vakum Dyson dan satu karton produk NIMS.
"Pembeli perlu gores petak kelabu untuk dapatkan kod bertuah dan imbas kod QR kemudian daftar penyertaan. Mudah sahaja.
"Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk jemput pengunjung beramai-ramai ke reruai NIMS terutamanya di Kiddies Wonderland kerana kami menyajikan pelbagai aktiviti," ujarnya.
Kempen Beli dan Menang produk NIMS berlangsung dari 8 Ogos hingga 8 November depan.