Jet pejuang berulang-alik di langit Jakarta tarik perhatian

Iklan
Dua pesawat tempur F-16 diterbangkan dari Lanud Iswahjudi Madiun beberapa waktu lalu. Foto: Puspen TNI

JAKARTA – Beberapa jet pejuang dilaporkan berulang kali melintasi ruang udara Jakarta pada pagi Jumaat sehingga menarik perhatian orang ramai dan mencetuskan persoalan dalam kalangan warganet.

Menurut laporan Detik News, kejadian itu menjadi perbualan di media sosial selepas warganet mendakwa melihat sejumlah jet pejuang berulang-alik di sekitar langit Jakarta.

Iklan
Iklan

Warganet di kawasan Jakarta Selatan hingga Jakarta Pusat turut melaporkan melihat pesawat berkenaan, malah ada yang mendakwa bunyi deruman jet itu kedengaran kuat.

Beberapa warganet turut berkongsi video pesawat pejuang berkenaan ketika melintasi ruang udara Jakarta dan mempersoalkan tujuan penerbangan tersebut.

Iklan

Menjawab persoalan itu, Kepala Pusat Penerangan (Kapuspen) Mabes TNI, Mayjen TNI Muhammad Nas berkata, penerbangan pesawat berkenaan adalah sebahagian daripada persiapan bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-81 Republik Indonesia (RI) menerusi acara Merdeka Run.

“Pesawat tersebut melakukan persiapan dalam rangka meramaikan rangkaian HUT ke-81 RI pada acara Merdeka Run,” katanya ketika dihubungi, menurut laporan Detik News.

Iklan

Detik News melaporkan, sambutan HUT ke-81 RI berlangsung pada tahun ini dan acara Merdeka Run menjadi antara rangkaian program sambutan berkenaan.