Bila gunung berubah
Iklan
Pemandangan udara menunjukkan rumah-rumah ditenggelami lumpur susulan banjir kilat di Devighat, Perbandaran Bidur, daerah Nuwakot, Nepal. Foto AFP
SELEPAS tamat pengajian universiti, saya pernah menghabiskan hampir sebulan mengembara seorang di Nepal.
Oleh yang demikian, semasa saya melihat rakaman banjir besar yang melanda sempadan Nepal-Tibet baru-baru ini, hati saya terasa pilu. Saya terbayangkan para pelancong, pendaki dan jemaah yang datang dari seluruh dunia, sebahagiannya dalam perjalanan menuju Gunung Kailash.