Kanak-kanak lima tahun maut dikelar

Iklan
Seorang suspek lelaki berusia lewat 40-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan

SIBU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira lima tahun maut dipercayai dikelar dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang Jaya di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata seorang suspek lelaki berusia lewat 40-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk punca kejadian.

"Setakat ini, pihak kami telah menjalankan siasatan awal di lokasi kejadian,” katanya ringkas kepada pemberita.

Iklan

Mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sibu sebelum disahkan meninggal dunia. - Bernama

 

Iklan