Apakah penawar bagi hati resah dan jiwa gelisah?

Iklan
BACALAH al-Quran, hadirlah ke majlis ilmu atau bermunajatlah kepada ALLAH SWT untuk mendapatkan ketenangan hati. Foto Canva

Soalan

Saya sering berasa gelisah dan tidak tenang. Apakah ada cara untuk menenangkan hati yang gundah-gulana ini?

Iklan
Iklan

Jawapan

Ada kisah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW pergi berjumpa dengan Ibnu Mas’ud RA dan menyatakan hatinya resah dan jiwanya gelisah serta tiada ketenangan.

Iklan

Beliau meminta nasihat daripadanya untuk mengatasi masalah tersebut. Ibnu Mas’ud kemudiannya menasihatkan sahabat tersebut untuk hadir ke tiga tempat berikut:

1 – Tempat al-Quran dibaca

Iklan

Dengar seseorang baca al-Quran ataupun kita sendiri baca al-Quran, maka jiwa akan tenang.

2 – Majlis ilmu

Hadirlah ke majlis ilmu kerana di sana kita akan dikelilingi para malaikat yang melebarkan sayapnya dan turunnya rahmat ALLAH SWT.

Di majlis ilmu juga para malaikat akan memohon keampunan kepada orang yang hadir.

Ketika itu kita akan sedar bahawa ujian datang kerana ALLAH SWT sayang kepada hamba-NYA dan akhirnya kita akan jumpa jalan keluar.

3 – Luangkan sedikit masa untuk duduk dengan ALLAH SWT

Ambillah masa untuk bersendirian dengan ALLAH SWT, insya-ALLAH hati akan menjadi tenang.

Kebiasaannya kita ambil cuti daripada bekerja untuk meluangkan masa dengan keluarga, namun ambillah peluang sesekali untuk bercuti dan luangkan masa untuk ALLAH SWT atau boleh juga bangun pada sepertiga malam untuk berqiamullail dan bermunajat kepada-NYA.