Surat Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, AGC

Iklan
Anwar ketika ditemui di pekarangan Masjid Sembilang di sini pada Jumaat.

SEBERANG JAYA-  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti surat yang diutuskan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berhubung dakwaan mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing.

Anwar berkata, beliau akan merujuk kandungan surat berkenaan kepada pihak berkaitan bagi memastikan siasatan dan proses pendakwaan berjalan mengikut bidang kuasa masing-masing.

Iklan
Iklan

“Daripada sampai ke situ, bukan urusan saya. Saya akan rujuk kepada SPRM atau Jabatan Peguam Negara untuk mereka teliti,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Sembilang di sini pada Jumaat.

BERITA BERKAITAN: 'Jangan guna taktik seperti ini jatuhkan ahli politik' – Saravanan

Iklan

Rasuah RM1.097 juta: Saravanan cabar pertuduhan, dakwa tiada kaitan penama

Saravanan didakwa terima suapan RM1.097 juta

Iklan

Saravanan tiba di mahkamah disambut laungan penyokong

Pendakwaan Saravanan: Penyokong berkumpul, suasana tegang di pintu masuk mahkamah

Anwar sebelum itu tiba di pekarangan masjid berkenaan kira-kira jam 1.15 petang bagi menunaikan solat Jumaat selain beramah mesra dengan jemaah yang hadir.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan semua pihak perlu memberi ruang kepada proses siasatan dan pendakwaan diteruskan tanpa membuat sebarang kesimpulan sebelum perkara berkenaan diputuskan mahkamah.

Sebelum ini, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah kesal dengan tuduhan tidak berasas SPRM yang mengaitkan dirinya dengan proses pengambilan pekerja asing.

Bekas Menteri Sumber Manusia itu berkata, beliau tidak pernah terlibat secara peribadi dalam pengambilan pekerja asing mahupun melibatkan mana-mana ahli keluarganya sepanjang memegang jawatan terbabit.

Beliau memaklumkan, nota Jemaah Menteri pada 13 April 2022 turut menjelaskan bahawa Menteri Sumber Manusia tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan pengambilan pekerja asing, selain pusat sehenti khas (OSC) membabitkan pelbagai kementerian akan ditubuhkan bagi mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing.