Nelayan hilang selepas bot terbalik di perairan Pulau Tenggol

Iklan
Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol petang Khamis. Gambar hiasan

DUNGUN - Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol, dekat sini petang Khamis.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, bot yang dinaiki mangsa, Sabrie Rusli, 32, yang berseorangan dipercayai terbalik kira-kira 5 petang ketika berada di lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada 6.25 petang selepas menerima makluman daripada Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Kuantan, Pahang berhubung kejadian itu.

Abdul Halim berkata, operasi berkenaan dilaksanakan dengan menggerakkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia termasuk pesawat CL415 bagi mengesan mangsa bersama dengan agensi berkaitan.

Iklan

"Operasi pencarian akan diperluas mengikut keadaan cuaca, arus dan keadaan laut bagi memastikan kawasan pencarian dapat diperiksa secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata operasi Carilamat diteruskan pagi ini dengan membabitkan kawasan seluas 58.6 batu nautika persegi di sekitar perairan Pulau Tenggol. - Bernama

Iklan