KUALA NERUS - Masjid Wakaf Tembesu dipilih sebagai lokasi penganjuran program Malaysia #QuranHour (MQH) 2026 peringkat Terengganu pada 30 Ogos ini yang bermula jam 12 tengah hari.
Bendahari Pertubuhan Rumah Ngaji Negeri Terengganu, Mahmud Jamuludin berkata, lokasi dipilih berikutan kedudukannya strategik di laluan utama bagi memudahkan kehadiran sekitar 400 peserta merangkumi pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), penjawat awam, komuniti setempat serta kariah masjid.
Iklan
Iklan
Menurutnya, program itu dianjurkan secara bersama oleh Pertubuhan Rumah Ngaji Negeri Terengganu, Pejabat Agama Kuala Nerus dan Yayasan Pendidikan Maidam dengan membawa tema ‘Surah al-Muzzammil: Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’.
“Sesi pengisian tadabbur akan disampaikan penceramah bebas, Amir Syakirin Mazlan serta Pegawai Agama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) merangkap pendakwah bebas, Ulwan Hamdan, manakala alunan ayat suci al-Quran dipimpin oleh Pengasas Qari Muslim, Mohamad Muslim.
Beliau berkata, penganjuran MQH 2026 diharap mampu mencetuskan gelombang kesedaran untuk memperkasakan penghayatan al-Quran dan pengukuhan nilai keperibadian melalui ibadah solat demi membina masyarakat yang sejahtera.