Peluang besar untuk BN menang
Iklan
Menurut Mujibu, BN menjadi pemenang disebabkan memperoleh undian tertinggi, bukan kerana mempunyai sokongan majoriti mutlak.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berpotensi mempertahankan antara 16 hingga 18 daripada 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka dengan jangkaan paling munasabah iaitu 17 kerusi sekiranya memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Sebaliknya jika BN menjalinkan persefahaman politik bersama Perikatan Nasional (PN), gabungan itu berkemungkinan hanya memenangi 15 hingga 17 kerusi dengan 16 kerusi diramalkan sebagai angka paling realistik.