Gempa bumi magnitud 3.4 gegar Temenggor, Gerik

Iklan
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 direkodkan di kawasan Temenggor, Gerik, Perak pada 12:06 tengah malam tadi.

SHAH ALAM – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 direkodkan di kawasan Temenggor, Gerik, Perak pada 12:06 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan

Menurut MetMalaysia, pusat gempa terletak pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur, kira-kira sembilan kilometer timur laut dari Hulu Perak, Perak.

Gegaran akibat gempa itu dilaporkan dirasai di sekitar kawasan Gerik.

Iklan
Iklan

MetMalaysia berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan keadaan berkenaan.