Jabatan Pelancongan Nepal dedah nama individu terputus hubungan

Iklan
Senarai nama individu tidak dapat dihubungi didedahkan Jabatan Perlancongan Nepal yang dikongsikan Everest Today.

SHAH ALAM - Jabatan Pelancongan Nepal mengeluarkan senarai 668 individu daripada pelbagai negara yang dilaporkan masih terputus hubungan susulan banjir besar di Nepal.

Menerusi dokumen bertajuk Tourist list (out of contact) in Bhotekoshi Flood yang dikemas kini pada jam 2.15 petang, pada Khamis dan dikongsikan menerusi Facebook Everest Today itu, senarai berkenaan memaparkan maklumat individu terbabit termasuk nama, tarikh lahir, jantina, negara serta agensi pelancongan yang digunakan.

Iklan
Iklan

Daripada jumlah itu, seramai 51 individu dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan mereka direkodkan menggunakan khidmat beberapa agensi pelancongan, termasuk Leaf Holiday, Fishtail, Dream Tibet Travel and Tour dan Kailash Journey.

Seramai 22 rakyat Malaysia disenaraikan di bawah Leaf Holiday, iaitu A Ganesan Anandan, Brabaakaran Krishnan, Eswary Mani Raj, Kalaiselvi P Narayanasamy, Kirubanithi Alagappan, Komathi Rethinam, Krishnan Vadivelu dan Lingam Samykanoo.

Iklan

Selain itu, Malani M Vellu, Mangala Vanan Krishnasamy, Nahentran Ganasan, Navein Palani, Poobalan Murgaya, Poornima Alagappan, Rajita Sivan, S Gomathi Sitoralingam, S Ramu Sawasamy, Santhanaletchmy Tirugnanasambandam, Saraswathi Nagaratnam, Saratha Alagappan, Suguna Balan dan Vallie Palaniasamy.

Sementara itu, 19 individu direkodkan menggunakan Fishtail, terdiri daripada Appannah A Muthaloo, Arunasalam Karuppiah, Balasingam Kesavan, Gunanesan Vellaisamy, Gunavathy Muthusamy, Inthumathy Subramaniam dan Kalai Mathe Karuppaiah.

Iklan

Antara lain, Kannan Kerisna, Karunanithi Sundram, Letchumy Sinnappan, Murukan Supramaniam, Neelavany Marimuthu, Padmahwathi A Govindasamy, Raman Supramaniam, Ravindar Ayyavoo, Thanapalan Muthoo, Vanajah Vadival, Vennila Muniandy dan Yougesvari Subramaniam

Selain itu, sembilan individu disenaraikan menggunakan Dream Tibet Travel and Tour, iaitu Azman Karim, Jason Ngeow, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, Mohd Nohan Salim, Mohd Padzil Daros, Mohd Sani Harul, Muhamad Nasir Abdul Talib, Muhammad Haziq Ismail dan Shabuddin Mun.

Manakala Vijayan Perumal direkodkan menggunakan perkhidmatan Kailash Journey.

Bagaimanapun, angka direkodkan pihak Nepal berbeza dengan maklumat terkini Kementerian Luar Malaysia, yang memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi.