Banjir Nepal: 'Lokasi terakhir tiga rakan saya di Bhote Koshi'

Iklan
Tiga pendaki rakyat Malaysia di Nepal terputus hubungan dengan rakan mereka di Malaysia sejak semalam.

SHAH ALAM - Ketika nasib beberapa pendaki Malaysia yang gagal dihubungi akibat bencana banjir besar Nepal masih belum diketahui, tiga lagi rakyat negara ini yang melakukan pendakian di kawasan Langtang Valley disahkan terputus hubungan dengan rakan mereka sejak Rabu.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads, emyliatahar yang memaklumkan tiga rakannya yang dikenali sebagai Zaki, Adib dan Muhaimin dipercayai memulakan pendakian di kawasan berkenaan sejak semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, komunikasi terakhir dengan ketiga-tiga mereka ialah sekitar jam 10.42 pagi waktu Malaysia pada Rabu, manakala lokasi terakhir yang dapat dikesan adalah berhampiran Bhote Koshi.

Antara gambar yang sempat dikongsi mangsa kepada rakan mereka di Malaysia.

Iklan

“Tiga orang kawan kami masih belum dapat dihubungi. Sepatutnya mereka bertiga hiking (mendaki) di Langtang Valley sejak semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilang

Iklan

Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi

95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal

17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di Nepal

Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal

11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra

Terdahulu dilaporkan sekumpulan sembilan rakyat Malaysia yang dalam perjalanan menyertai misi pendakian di Tibet, China gagal dihubungi ketika berada kira-kira 18 kilometer dari sempadan Rasuwagadhi-Kerung, Nepal sejurus negara itu dilanda banjir dahsyat.

Kesemua sembilan pendaki terbabit yang diketuai oleh wakil operator pendakian warga Nepal, Ganesh Neupane dianggarkan berusia antara 40 hingga 65 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'

Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled

Banjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orang

Banjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia

Mereka ialah Shabuddin Mun, Azman Karim, Mohd Fadzil Daros, Muhammad Haziq Ismail, Mohd Mohan Salim, Jason Ngeow, Muhamad Nasir Abdul Talib, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa dan Mohd Sani Harul.

Lokasi terakhir ketiga-tiga mereka di kesan di Bhote Koshi.

Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Hisham Mohamad berkata, dua anggotanya turut dilapor menjadi antara 56 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan bencana tersebut.

Katanya, kedua-dua anggota berkenaan, Fakhrul Munir Mohamad Isa dan Muhammad Sani Harun berada di sana bagi menyertai aktiviti 'trekking' ke Everest Base Camp.