Pergolakan selatan Thailand: PDRM perkukuh risikan, aset di sempadan

Iklan
Mohd Yusri (dua dari kanan) ketika sidang akhbar pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuhkan penugasan anggota, pasukan risikan dan aset di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Kelantan susulan perkembangan terkini pergolakan di selatan Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penugasan membabitkan elemen Pasukan Gerakan Am (PGA) itu melibatkan kawasan sempadan dari Perlis hingga Kelantan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perhatian khusus diberikan di Kelantan.

"Ini kerana kejadian pengeboman di kawasan selatan Thailand itu bersempadan dengan negeri berkenaan. Kita telah meningkatkan kekuatan anggota dan aset di sepanjang sempadan.

Iklan

"Kita akan terus memperkukuhkan penugasan. Kita telah menambah anggota, anggota risikan dan aset di kawasan yang dikenal pasti berisiko berlaku pencerobohan atau penyeludupan barangan terlarang," katanya kepada pemberita di Bukit Aman pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai langkah keselamatan susulan pergolakan terbaharu di selatan Thailand serta kebimbangan mengenai kemungkinan pergerakan individu yang dikaitkan dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN) memasuki Malaysia.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, PDRM akan membantu pihak keselamatan Thailand mendapatkan maklumat berkaitan sebarang pergerakan individu dipercayai mempunyai kaitan kumpulan BRN.

Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan jabatan dan agensi lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia.

Sebelum ini media melaporkan siri insiden keganasan dipercayai didalangi kumpulan pemisah berlaku serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani sejak malam Sabtu lalu.