HUMAM Community Outreach perkasa komuniti secara menyeluruh

Iklan
Komuniti Bandar Tasik Puteri menerima sumbangankotak makanan asas dan kit kebersihan diri yang disampaikan menerusi program HCO 1.0.

RAWANG – Usaha kemanusiaan tidak seharusnya terhad kepada penyaluran bantuan semata-mata, sebaliknya perlu disertai pendekatan yang mampu memperkasa komuniti dan meningkatkan kualiti hidup secara berterusan.

Pendekatan itu diterapkan HUMAM Relief menerusi program HUMAM Community Outreach (HCO) 1.0 yang menggabungkan aspek keperluan asas, kebersihan dan kesihatan, pendidikan serta pemerkasaan sosial khususnya bagi keluarga memerlukan dan golongan rentan.

Iklan
Iklan

HUMAM Relief dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, program HCO itu yang dilaksanakan di Surau Al-Furqan, Bandar Tasik Puteri di sini baru-baru ini merupakan sebahagian daripada inisiatif komuniti bulanan organisasi berkenaan.

Pendekatan itu diterapkan HUMAM Relief menerusi program HUMAM Community Outreach (HCO) 1.0 yang menggabungkan aspek keperluan asas, kebersihan dan kesihatan, pendidikan serta pemerkasaan sosial khususnya bagi keluarga memerlukan dan golongan rentan.

Iklan

Katanya, HCO menggunakan pendekatan turun padang dan interaksi secara langsung bagi memahami keperluan sebenar masyarakat selain membina hubungan yang dapat menyokong pelaksanaan intervensi komuniti secara lebih mampan.

“Usaha kemanusiaan tidak seharusnya terhad kepada penyampaian bantuan material semata-mata, sebaliknya ia perlu disertai usaha memahami keperluan sebenar masyarakat serta membina hubungan yang dapat menyokong intervensi komuniti dengan lebih mampan.

Iklan

“Pendekatan turun padang seperti HCO membolehkan organisasi mendekati komuniti dengan lebih dekat, mengenal pasti keperluan sebenar serta membina jaringan kerjasama yang dapat menghasilkan impak jangka panjang,” katanya.

HUMAM Relief menjelaskan, HCO 1.0 dilaksanakan menerusi pendekatan bersepadu merangkumi tiga sektor utama iaitu Air, Sanitasi dan Kebersihan atau singkatannya (W.A.S.H), Sokongan Makanan Mampan serta Pemerkasaan Sosial.

Elemen pendidikan turut diberikan perhatian.

Menurutnya, dalam aspek W.A.S.H, pemberian kit kebersihan diri turut disertai penerapan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan amalan sanitasi yang baik dalam kehidupan seharian.

“Pendekatan ini diharap dapat membantu keluarga membudayakan amalan kebersihan dakam kehidupan seharian, sekali gus menyumbang kepada pencegahan penyakit dan peningkatan kualiti hidup.

‘Sementara itu, bantuan makanan asas disalurkan sebagai sebahagian usaha memperkukuh sokongan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan membantu meringankan beban mereka,” ujarnya.

HUMAM Relief berkata, elemen pendidikan turut diberikan perhatian menerusi aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kit yang dirangka untuk menggalakkan pembelajaran kreatif, meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta memupuk minat kanak-kanak dalam bidang berkenaan.

Tambahnya, menerusi program itu, sebanyak 100 keluarga menerima kotak makanan asas dan kit kebersihan diri, manakala 50 kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti STEM Kit.

“HCO turut menjadi platform memperkukuh kerjasama antara organisasi kemanusiaan, institusi agama, sektor korporat dan masyarakat setempat bagi menangani keperluan komuniti secara bersama.

“Pelaksanaan HCO 1.0 mendapat sokongan rakan strategik terdiri daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yayasan MR D.I.Y dan Yayasan Food Bank Malaysia yang bersama-sama menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan program.

“HUMAM Relief juga merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Surau Al-Furqan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pelaksanaan program, serta kepada semua pihak yang turut menyokong usaha mendekati dan memperkasa komuniti setempat.

Ujarnya lagi, melalui pelaksanaan HCO secara berterusan, HUMAM Relief komited untuk memperluas usaha dalam bidang W.A.S.H, Sokongan Makanan Mampan dan Pemerkasaan Sosial, dengan matlamat membina komuniti yang lebih sihat, berdaya tahan dan sejahtera.