Pandu Lamborghini, tapi cukai jalan tamat tempoh 6 bulan

Iklan
Jasyindar (dua dari kiri) menunjukkan Lamborghini yang disita kerana tiada cukai jalan.

SEREMBAN - Sebuah Lamborghini Huracan bernilai lebih RM1 juta antara 301 kenderaan mewah yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan selepas didapati tidak memperbaharui cukai jalan, sebahagiannya melibatkan tempoh tunggakan berbulan-bulan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Jasyindar Singh Sidhu berkata, kenderaan milik seorang ahli perniagaan berusia lingkungan 40-an itu dikesan gagal memperbaharui cukai jalan sejak enam bulan lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelbagai alasan diberikan pemilik kenderaan mewah yang melakukan kesalahan tersebut termasuk terlepas pandang selain kegagalan ejen yang diupah untuk menguruskan urusan pembaharuan.

“Terlepas pandang dalam tempoh tiga bulan masih boleh diterima, tetapi jika sudah setahun, kesalahan ini memang ketara dan berbahaya kerana memandu tanpa cukai jalan yang sah boleh menyulitkan pengguna jalan raya sekiranya berlaku kemalangan.

Iklan

“Seperti Lamborghini Huracan yang disita bernilai lebih RM1 juta ini, pemiliknya dikesan tidak memperbaharui cukai jalan berjumlah RM35,764 sejak enam bulan lalu,” katanya pada sidang akhbar Ops Luxury di sini pada Khamis.

Beliau berkata, antara kenderaan mewah lain yang disita menerusi operasi itu ialah Ford Mustang, Jeep Wrangler Sahara, Mini Countryman dan Toyota Alphard yang dimiliki ahli perniagaan termasuk individu bergelar Datuk Seri dan Datuk.

Iklan

Menurutnya, jumlah kenderaan mewah yang disita bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini meningkat 105 peratus berbanding 90 kenderaan yang disita dalam tempoh sama tahun lalu.

“Kenderaan yang disita hanya boleh dibawa keluar selepas pemilik memperbaharui cukai jalan serta perlindungan insurans.

Jasyindar berkata, hasil penguatkuasaan turut mendapati terdapat pemilik kenderaan mewah yang menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, nombor pendaftaran mewah (fancy number) serta meletakkan nombor pendaftaran dalam keadaan terlindung atau sukar dilihat.

Dalam pada itu, beliau berkata, JPJ Negeri Sembilan turut memandang serius ketidakpatuhan undang-undang jalan raya yang melibatkan bukan warganegara.

“Sepanjang Januari hingga Julai tahun ini, seramai 274 pesalah bukan warganegara dikesan melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.

“Pesalah tertinggi melibatkan warga Pakistan seramai 111 orang, diikuti Indonesia (73) dan Bangladesh (49), dengan antara kesalahan utama ialah memandu tanpa lesen yang sah,” katanya.