KUALA LUMPUR - Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri serta Kuala Lumpur pada petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan amaran itu melibatkan Perak di Muallim dan Batang Padang; Selangor di Hulu Langat dan Kuala Lumpur sehingga jam 4 petang.
Iklan
Iklan
Cuaca sama juga dijangka melanda Perak di Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Bagan Datuk serta Kedah di Kulim, Baling, Sik dan Pendang manakala Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Selangor sehingga jam 5 petang.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda Pahang melibatkan Cameron Highlands dan Lipis dalam tempoh jam 2 petang sehingga 4 petang ini.
Sementara itu, cuaca buruk itu juga dijangka melibatkan Sabah di Sandakan (Tongod dan Kinabatangan), Tawau (Lahad Datu), Pantai Barat (Ranau) dan Pedalaman (Pensiangan) sehingga jam 5 petang ini. - Bernama