Bekas menteri akan didakwa kes suapan esok

Iklan
Seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Jumaat. Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, dipercayai berhubung kes rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Perkara itu diberitahu menerusi jemputan media SPRM bahawa, pertuduhan terhadap pemimpin politik berkenaan akan dibuat pada jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kes berkenaan belum didaftarkan dalam sistem kehakiman mahkamah berkenaan.