Banjir Nepal: Dua pegawai bomba antara rakyat Malaysia masih gagal dihubungi

Iklan
Pemandangan udara menunjukkan rumah-rumah ditenggelami lumpur susulan banjir kilat di Devighat, Perbandaran Bidur, daerah Nuwakot, Nepal. Foto AFP

KUALA LUMPUR - Dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan antara rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir kilat di Rasuwa, Nepal semalam.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, seorang daripada mereka bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat JBPM manakala seorang lagi ialah pegawai di Akademi JBPM Wilayah Tengah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kedua-dua pegawai lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia dalam perjalanan menuju Everest Base Camp (EBC) yang mula bertolak ke Nepal pada malam Isnin lepas.

Imej satelit edaran yang dikeluarkan oleh Planet Labs ini menunjukkan pemandangan udara Kolpurtar di daerah Nuwakot, Nepal. Foto AFP

Iklan

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang berusaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa.

BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'

Iklan

Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled

Banjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orang

Banjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia

Anwar turut mengarahkan semua jabatan berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar supaya segera mengenal pasti serta menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas, termasuk melalui kementerian dan kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal.

Menurut laporan media, banjir kilat melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu berpunca daripada hujan lebat dan runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi, sekali gus mengganggu rangkaian komunikasi serta memutuskan akses jalan raya utama menghubungkan kawasan berkenaan dengan Kathmandu.- Bernama