‘Saya sihat’ – Ismail Sabri

Iklan
Antara penyokong Ismail Sabri yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: Sinar Harian/ Rosli Talib

KUALA LUMPUR – “Saya sihat, peguam telah mengadakan sidang akhbar.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemui pengamal media di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Sebelum beredar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 11.43 pagi, Ismail Sabri sempat bertemu dengan penyokong di pekarangan mahkamah.

"Jumpa di pejabat," katanya ringkas kepada penyokongnya.

Iklan

Lebih 80 penyokong Ismail Sabri berkumpul di mahkamah sejak jam 7 pagi.

Mereka yang kebanyakan datang dari Bera, Pahang itu dipercayai untuk memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan

Ismail Sabri tiba Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.32 pagi tadi diiringi ahli keluarganya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan tidak mengisytiharkan harta iaitu wang tunai RM14.7 juta, jutaan mata wang asing serta lima jongkong emas, tahun lalu

Pemimpin UMNO berusia 66 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin.

Suzana kemudian membenarkan Ismail Sabri diikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM300,000 oleh penjamin terdiri daripada ahli keluarga, bagaimanapun tidak menbenarkan permohonan pendakwaan suoaya pasportnya diserahkan kepada mahkamah.