Banjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia

Iklan
Anwar - Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menzahirkan rasa dukacita susulan bencana banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa, Nepal, selain memaklumkan kerajaan sedang giat menjalankan usaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi.

Beliau berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara itu dan agensi berkaitan dalam usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan rakyat Malaysia terbabit.

Iklan
Iklan

Anwar berkata, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan.

BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilang

Iklan

Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi

95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal

Iklan

17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di Nepal

Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal

11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra

Beliau berkata, Kerajaan Madani menerusi KLN akan terus memantau perkembangan terkini dengan teliti serta menggembleng segala ikhtiar diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan. Insya-Allah," katanya.

Menurut laporan media, kejadian banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet semalam berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.

Bencana itu menjejaskan rangkaian komunikasi serta memutuskan akses jalan raya utama yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan ibu negara, Kathmandu, sekali gus menyukarkan perhubungan dan pergerakan keluar masuk dari kawasan terjejas.- Bernama