Kekanda Sultan Pahang mangkat

Iklan
Almarhumah Tengku Datuk Seri Setia Aishah Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Foto: Portal Rasmi Istana Pahang

KUANTAN- Kekanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala, Tengku Datuk Seri Setia Aishah Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah kembali ke rahmatullah di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada jam 9.15 malam pada Rabu.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, jenazah Almarhumah akan dibawa ke Makam Diraja Pahang, Pekan pada Khamis untuk dimakamkan dengan penuh penghormatan dan istiadat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kemangkatan Almarhumah satu kehilangan besar kepada Kerabat Diraja Pahang, khususnya kepada Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosa dan kesalahan Almarhumah, menerima segala amal ibadah serta kebajikan yang telah dilakukan sepanjang hayat, menempatkan roh Almarhumah dalam kalangan para solihin serta di syurga-Nya.

Iklan
Iklan

"Sama-sama kita doakan roh Almarhumah akan bersama orang-orang yang solehah," katanya melalui kenyataan pada Khamis