PAC buka prosiding siasat TH
Iklan
PAC Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji.
SHAH ALAM - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH).
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan itu susulan penemuan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari tahun 2014 hingga 2020 yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu.