Wanita diculik, dirogol, dibunuh kemudian dibuang dalam perigi

Iklan
Mangsa mengadu sakit perut sebelum keluar membawa bekas air untuk membuang air di kawasan tanah kerajaan berhampiran rumah. - Foto: NDTV

BENGALURU – Seorang wanita berusia 21 tahun di Karnataka, India dipercayai diculik, dirogol dan dibunuh selepas keluar dari rumah sebelum mayatnya ditemukan di dalam sebuah perigi di kawasan pertanian.

Kejadian berlaku di kampung Hokrani, daerah Raichur kira-kira jam 7 malam waktu tempatan pada 19 Ogos lalu, menurut laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa, Thimmareddy.

Iklan
Iklan

Mangsa yang dikenali sebagai Ashwini baru pulang ke rumah bersama ibu bapanya sekitar jam 6 petang waktu tempatan selepas mereka bekerja di ladang.

Menurut laporan polis, Ashwini yang sudah menamatkan pengajian Ijazah sarjana muda kemudian mengadu sakit perut sebelum keluar membawa bekas air untuk membuang air di kawasan tanah kerajaan berhampiran rumah.

Iklan

Namun, dia tidak kembali.

Ibunya yang keluar mencari kemudian menemukan selipar dan bekas air milik Ashwini di kawasan berhampiran.

Iklan

Keluarga mangsa meneruskan pencarian sepanjang malam sebelum menerima maklumat keesokan paginya bahawa satu mayat ditemukan di dalam sebuah perigi.

Ahli keluarga yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan mayat tersebut ialah Ashwini.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tanpa pakaian dan tertiarap di dalam perigi, manakala wajahnya mengalami kecederaan termasuk luka pada bahagian bibir atas.

Polis menamakan empat suspek dalam laporan kes berkenaan iaitu Gundya, 22; Mahanthesh, 22; Veeresh, 23; dan Mundargi Basawaraj yang berusia sekitar 45 tahun.

Kesemua mereka merupakan penduduk kampung yang sama dengan mangsa.

Empat suspek itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut polis, seorang daripada suspek didakwa sudah mengaku terlibat dalam jenayah tersebut dan akan dibawa ke mahkamah.

Pihak berkuasa masih menyiasat keadaan sebenar yang membawa kepada kematian Ashwini.

Mangsa dilaporkan baru bertunang kira-kira sebulan sebelum kejadian. - Agensi