PRU16: DAP usah beri tekanan pada PM, hormat saluran bantahan atau sila letak jawatan - Penganalisis
Iklan
Gobind menggesa Anwar menyegerakan reformasi institusi utama menjelang Disember, termasuk mengasingkan peranan peguam negara dan pendakwa raya, mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, serta memperuntukkan dana pembangunan kawasan secara saksama. Foto fail Bernama
KUALA LUMPUR - Tindakan DAP yang menetapkan tempoh empat bulan kepada kerajaan untuk menunaikan janji-janji reformasi akan memberi tekanan secara tidak sengaja kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mampu menjerat parti itu sendiri.
Pakar Perlembagaan dari ISTAC-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, prinsip tanggungjawab kolektif tidak mewajarkan ahli Jemaah Menteri membuat tentangan atau kritikan terbuka kepada Perdana Menteri.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, sebarang pandangan boleh dikemukakan melalui saluran yang betul, dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
"Jika ada mana-mana ahli Jemaah Menteri tidak sependapat dengan Perdana Menteri sekalipun, ia boleh merekodkan bantahan dan usul tidak bersetuju dalam minit mesyuarat.
Iklan
Sebelum ini, DAP yang menguasai 40 daripada 150 kerusi Parlimen dalam blok kerajaan, mempunyai lima menteri dan tujuh timbalan menteri, menggesa Anwar menyegerakan reformasi institusi utama menjelang Disember 2026.
Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo menggesa Anwar menyegerakan reformasi institusi utama menjelang Disember, termasuk mengasingkan peranan peguam negara dan pendakwa raya, mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, serta memperuntukkan dana pembangunan kawasan secara saksama.
Iklan
Kenyataan itu selaras bagi meneruskan momentum daripada kongres DAP baru-baru ini apabila perwakilan membuat ketetapan untuk kekal dalam kerajaan tetapi mendesak pelaksanaan reformasi.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pula dilaporkan berkata mereka akan membincangkan garis masa pelaksanaan perkara itu dengan Anwar.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi berkata, percanggahan dalam kalangan ahli Jemaah Menteri tidak akan memberikan gambaran kestabilan sebuah pentadbiran kerajaan selain memberikan tekanan yang tidak wajar kepada PM.
"Ahli Jemaah Menteri mewakili kepentingan kerajaan dan tertakluk kepada prinsip keluhuran Perlembagaan. Mereka perlu bezakan antara agenda parti dengan kewajipan kerajaan untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan.
"Perbezaan dan kritikan boleh ada, tapi hendaklah diuruskan mengikut saluran yang betul," katanya. - Awani
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.