341 atlet UKM persiap cabaran SUKIPT 2026

Iklan
Barisan atlet UKM bersedia menyahut cabaran dalam SUKIPT yang bakal membuka tirai Jumaat ini.

BANGI - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempertaruhkan 341 atlet untuk memberi saingan sengit pada Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) Ke-7 2026 yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) dari 28 Ogos hingga 6 September ini.

Keseluruhan kontinjen UKM terdiri daripada 417 anggota termasuk 76 pegawai, dengan sasaran untuk memburu kejayaan dan mengharumkan nama universiti dalam kejohanan sukan institusi pengajian tinggi berkenaan.

Iklan
Iklan

Membawa slogan 'Atlet Hebat UKM Hebat!’, kontinjen itu menerima amanah berkenaan menerusi Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UKM yang berlangsung baru-baru ini.

Ketua Kontinjen UKM merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, Profesor Ts Dr Norinsan Kamil Othman berkata, penyertaan 417 warga universiti itu mencerminkan komitmen UKM dalam membentuk sahsiah mahasiswa menerusi bidang sukan.

Iklan

Menurutnya, penyertaan dalam SUKIPT bukan sekadar untuk bertanding, sebaliknya menjadi medan membuktikan daya saing dan kecemerlangan atlet UKM di peringkat kebangsaan.

"Penyertaan ini bukan sekadar satu simbolik pertandingan, sebaliknya memikul amanah seluruh warga universiti untuk kita membuktikan daya saing dan kecemerlangan atlet UKM di peringkat kebangsaan.

Iklan

"Saya menyeru seluruh atlet dan pegawai agar memberikan aksi terbaik, kekalkan tahap disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi, dan berjuanglah demi membawa pulang kejayaan buat UKM di bawah panji  'Atlet Hebat UKM Hebat!’,” katanya.

Dalam pada itu, persiapan kontinjen UKM turut diperkasakan menerusi sokongan Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM).

Majlis penyerahan bendera berkenaan turut dihadiri Pengarah Pusat Sukan UKM selaku Timbalan Ketua Kontinjen, Dr Nur Shakila Mazalan; Ketua Sekretariat Kontinjen UKM, Suhaimi Suliman; Presiden Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM), Muhammad Haikal Hamidi serta pegawai kanan Pusat Sukan UKM.