Malaysia, Australia bincang isu Covid-19

Iklan
Muhyiddin di pejabatnya di Putrajaya semalam menerima panggilan telefon daripada Scott. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.

Menerusi perkongsian di Facebook, Muhyiddin berkata, beliau dan Scott berbincang mengenai penularan wabak koronavirus (Covid-19) disamping isu hubungan dua hala termasuk kepentingan menerusi perdagangan.

Iklan
Iklan

"Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk terus mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Australia selain mencari ruang meneroka potensi baharu dalam pelbagai bidang.

"Scott Morrison turut mengucapkan tahniah atas pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Iklan
Iklan