MAB ambil langkah cegah wabak Covid-19

Iklan
Pekerja MAB sedang melakukan kerja disinfeksi dalam pesawat mereka sebagai langkah pencegahan sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SHAH ALAM - Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah melakukan langkah-langkah pencegahan penularan wabak koronavirus (Covid-19) ke atas para penumpang dan fasiliti mereka.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, MAB menjalankan proses disinfeksi dalam pesawat mereka sebagai langkah pencegahan sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

"Ia juga merupakan langkah persediaan MAB sebelum memulakan penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

"Segala keperluan bagi melindungi para penumpang dan kakitangan MAB daripada penularan wabak Covid-19 begitu dititik-beratkan.

Iklan

"Terima kasih juga buat MAB kerana meneruskan kembali penerbangan ke Sabah dan Sarawak," katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya semalam.

Facebook Wee Ka Siong

Sebelum ini, MAB dilaporkan memberhentikan penerbangan ke Sabah dan Sarawak kerana menghadapi kerugian yang akan memberi implikasi lebih buruk jika diteruskan.

Iklan

MAB turut mencatatkan penurunan mendadak jumlah penumpang antara 10 hingga 15 peratus susulan penularan Covid-19.

Selasa lalu, MAB telah memberi jaminan bahawa penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur akan diteruskan pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ka Siong berkata, selepas perbincangannya dengan pengurusan kanan MAB, syarikat penerbangan tersebut telah memberi jaminan bahawa ia akan terus menyediakan satu penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke tiga destinasi iaitu Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.

"Perkhidmatan ini akan dihubungkan melalui MASwings dari destinasi ini iaitu Miri-Bintulu-Miri; Kuching-Sibu-Kuching; dan Sibu-Bintulu-Sibu.

"Sekiranya permintaan meningkat, syarikat penerbangan akan menambah penerbangan ke Kuching, Miri atau Kota Kinabalu mulai minggu depan," katanya.