AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia, melancarkan Kempen Bonus Merdeka sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026 dalam usaha mencipta nilai bermakna serta menggandakan manfaat perbankan digital kepada rakyat Malaysia.
Menurut kenyataan AEON Bank, kempen selama enam minggu itu direka untuk memberi ganjaran kepada pelanggan, di samping menggalakkan pengguna memilih kemudahan pembayaran digital dalam transaksi harian.
"Kempen berkenaan turut mencerminkan komitmen AEON Bank untuk memacu kemajuan industri teknologi kewangan, mencipta peluang dan nilai tambahan dalam kehidupan seharian serta memperkasakan perniagaan tempatan untuk terus melibatkan diri dan berkembang dalam ekonomi digital saluran omni (omnichannel).
"Pembayaran digital kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian, sama ada ketika membeli kopi atau latte, barangan keperluan mahupun ketika berbelanja dalam talian," menurut kenyataan itu pada Rabu.
AEON Bank turut memaklumkan, Kempen Bonus Merdeka 2026 memberi peluang kepada pelanggan menikmati ganjaran menerusi transaksi DuitNow QR yang sah, di samping menyokong usahawan tempatan dan komuniti perniagaan di seluruh negara.
"Sepanjang tempoh kempen dari 17 Ogos hingga 27 September 2026, pelanggan AEON Bank dengan transaksi DuitNow QR yang sah berpeluang menjadi antara 69 pemenang bertuah mingguan yang dipilih secara rawak untuk menerima ganjaran tunai RM31, yang akan dikreditkan terus ke Akaun Simpanan-i AEON Bank masing-masing.
"Bagi setiap resit perbelanjaan minimum RM15 menggunakan DuitNow QR pula, pelanggan akan mendapat satu tiket cabutan bertuah," menurut kenyataan.
Seramai 414 pemenang bertuah akan menerima ganjaran sepanjang tempoh kempen enam minggu itu, dengan setiap pelanggan yang layak berpeluang menang sehingga tiga kali dan jumlah ganjaran terkumpul maksimum sebanyak RM93.
Bagaimanapun, ganjaran adalah tertakluk pada terma dan syarat.
Dalam perkembangan berkaitan, orang ramai berpusu-pusu bergegas ke Pasar Seni pada 21 Ogos 2026 apabila pasukan AEON Bank menguar-uarkan vox-pop quiz bertema Merdeka dan Hari Malaysia.
Menurut AEON Bank, aktiviti itu mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai pelbagai lapisan masyarakat, dengan 30 pemenang kuiz berjaya membawa pulang patung comel plushie eksklusif Neko AEON Bank: Edisi Makanan Tradisi Malaysia.
"Bagi pelanggan yang berhasrat memenangi patung plushie Neko berkenaan, mereka boleh menantikan pengumuman di media sosial sempena Hari Malaysia oleh AEON Bank untuk merebut peluang membawa pulang koleksi edisi terhad itu," katanya.
Kempen sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini mempamerkan iltizamnya untuk menjadikan perbankan digital lebih terhubung dan intuitif bagi rakyat Malaysia, khususnya pelajar, warga kerja profesional serta demografik masyarakat di seluruh negara.
Dengan ketangkasan infrastruktur natif awan dan pengoptimuman AI, digabungkan dengan kekuatan DNA kewangan Syariah, AEON Bank kini semakin mantap dalam menawarkan penyelesaian perbankan patuh Syariah yang selamat dan lancar.
AEON Bank terus komited untuk memperkasakan komuniti dalam mengejar aspirasi kewangan mereka demi mencapai ketidakbersandaran ekonomi, di samping memupuk masa hadapan kewangan yang lebih inklusif untuk semua.
Malah akan terus berusaha untuk menyumbang ke arah membangunkan Malaysia sebagai hab perbankan Islamik di rantau ini dan memangkin pertumbuhan ekonomi digital negara.
Ketahui lebih lanjut mengenai Kempen Bonus Merdeka 2026 AEON Bank, atau layari laman web AEON Bank untuk menerokai Perbankan Perniagaan yang lebih dinamik oleh AEON Bank Biz dan ikuti AEON Bank di media sosial dan imbas kod QR untuk memuat turun aplikasi AEON Bank dan alami pengalaman #PerbankanLebihDinamik hari ini.