TransNusa buka laluan terus Kuala Lumpur-Lampung

Iklan
TransNusa kini membuka laluan terus Kuala Lumpur-Lampung

SYARIKAT penerbangan berpengkalan di Indonesia, TransNusa, kini membuka laluan penerbangan terus pertama yang menghubungkan Bandar Lampung dengan Kuala Lumpur bagi memudahkan pelancong Malaysia meneroka destinasi pelancongan di wilayah berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TransNusa, Datuk Bernard Francis berkata, pembukaan laluan berkenaan merupakan langkah baharu dalam usaha syarikat memperluaskan rangkaian penerbangan serantau, selain menyediakan akses lebih mudah ke destinasi kurang diterokai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, laluan itu turut membolehkan pengembara mengurangkan masa perjalanan berbanding perlu transit di hab seperti Jakarta.

"Ini merupakan satu lagi usaha pembangunan laluan inovatif yang dirancang untuk menghubungkan secara terus dua destinasi yang sebelum ini tidak mempunyai laluan penerbangan langsung.

Iklan

"Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan akses antara kedua-dua destinasi, malah membuka lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia meneroka pengalaman baharu, di samping mengeratkan hubungan ekonomi dan pelancongan antara Kuala Lumpur dan Lampung," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Lampung yang terletak di pintu gerbang selatan Sumatera menawarkan pelbagai tarikan berasaskan alam semula jadi, biodiversiti dan pengembaraan yang berbeza daripada destinasi popular seperti Bali dan Jakarta.

Iklan

Antara tarikan termasuk menyaksikan ikan lumba-lumba liar ketika matahari terbit di Teluk Kiluan, mengunjungi pusat perlindungan gajah Sumatera di Taman Negara Way Kambas serta menikmati pemandangan gunung berapi Anak Krakatau.

Pengunjung juga boleh meneroka keindahan bawah laut Pulau Pahawang, selain menikmati aktiviti di Krui dan Tanjung Setia, selain Bukit Barisan Selatan yang menawarkan pengalaman meneroka hutan hujan yang menjadi habitat flora dan fauna.

Tiket penerbangan bagi laluan tersebut kini mula dijual dengan tambang promosi sehala bermula RM399.

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, perkhidmatan baharu berkenaan memperluaskan rangkaian udara antara Malaysia dan Indonesia melangkaui bandar-bandar utama.

"Indonesia kekal sebagai pasaran penting bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan aliran perjalanan yang kukuh antara kedua-dua negara.

"Kami mengalu-alukan pembukaan laluan ini yang bukan sahaja memperkukuh hubungan antara KLIA dan Indonesia, malah memberi lebih banyak pilihan kepada pelancong Malaysia untuk meneroka pelbagai destinasi menarik di negar itu," ujarnya.