KULIM - Minyak masak peket bersubsidi yang dibotolkan untuk tujuan keagamaan antara rampasan dibuat di sebuah kedai runcit di Padang Serai di sini bersama rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai kira-kira RM70,000, pada Ahad.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, seorang lelaki tempatan merupakan pemilik kedai berusia 28 tahun dan tiga warga India berusia 20 hingga 23 tahun disyaki pekerja di premis terbabit ditahan.
Menurutnya, pemeriksaan di premis menemukan 207 karton minuman keras dalam tin, 66 botol minuman keras, 33 karton rokok dan lebih 300 kilogram minyak masak peket bersubsidi.
"Pa
"Serbuan turut menemui minyak masak peket dibotolkan dan dijual sebagai minyak bagi upacara sembahyang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media di IPD Kulim di sini pada Rabu.
Kes disiasat bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, Seksyen 55B dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.