Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri dan ibu negara sehingga 9 malam Rabu. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri dan ibu negara sehingga 9 malam ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, MetMalaysia memaklumkan amaran itu meliputi seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena dan Padang Terap) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah).

Iklan
Iklan

Negeri yang turut terjejas ialah Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Krai), Terengganu (Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Besut) dan Negeri Sembilan (Jelebu).

Amaran turut melibatkan negeri Pahang (Jerantut, Raub, Temerloh, Bentong dan Bera) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat). 

Iklan

Sementara itu, di Sarawak amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Kapit (Song), Sibu (Kanowit dan Selangau), Sarikei (Julau), Mukah (Matu, Dalat, Daro dan Tanjung Manis), Kuching dan Bintulu (Tatau).

Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas termasuk Pedalaman (Tambunan dan Pensiangan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Paitan dan Labuk & Sugut). - Bernama

Iklan