Kumpulan lelaki bakar mercun atas jalan diburu polis

Iklan
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan perbuatan sekumpulan individu membakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14, Shah Alam.

SHAH ALAM - Sekumpulan lelaki giat dikesan polis untuk siasatan kes bakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, laporan dibuat Ketua Polis Balai Bukit Jelutong pada Rabu berkaitan penularan video insiden terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian disyaki berlaku sekitar jam 4.22 petang, Selasa semasa perarakan kematian menuju ke Tapak Perkuburan Bliss Garden Setia Alam.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Polis mengesan sekumpulan lelaki untuk siasatan kes bakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076.

Iklan

Sebelum itu, insiden itu tular di media sosial aplikasi Threads menyatakan terdapat kejadian sekumpulan lelaki membakar mercun di lokasi terbabit.