Pemandu BMW maut nahas tiga kenderaan

Iklan
Keadaan salah sebuah kereta remuk selepas terlibat kemalangan.

PERAI – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan seorang pejalan kaki berhampiran Masjid Jalan Baru, Taman Pauh di sini awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.31 pagi itu, mangsa yang maut ialah pemandu BMW dikenali Muhammad Faizwan Noor Salihi, 29.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 2.31 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah BMW, Perodua Myvi dan Proton Persona serta seorang pejalan kaki.

Iklan

“Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang BMW tersepit di dalam kenderaan manakala seorang pejalan kaki mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Keadaan salah sebuah kereta remuk selepas terlibat kemalangan.

Iklan

Menurutnya, Perodua Myvi dan Proton Persona berada di bahu jalan manakala pemandu kedua-dua kenderaan berkenaan tiada di lokasi kejadian.

Beliau menambah, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat sebelum berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit pada jam 3.22 pagi.

“Kesemua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Sementara mayat pemandu kereta berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, operasi melibatkan 11 anggota BBP Perai bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) itu ditamatkan pada jam 4.11 pagi selepas bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.