Malaysia makin condong ke China?
Iklan
Anwar (kanan) menegaskan Malaysia berpegang kepada Dasar Satu China dan menganggap Taiwan sebahagian daripada China.
KENYATAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Taiwan mencetuskan satu persoalan yang lebih besar daripada Dasar Satu China iaitu adakah Malaysia kini bergerak lebih jauh daripada pendirian tradisinya apabila menyentuh kemungkinan penggunaan kekerasan oleh Beijing?
Dalam wawancara bersama wartawan Al Jazeera, Sreenivasan Jain, Anwar menegaskan pendirian Malaysia bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada China sambil menyatakan: “Saya melihat Taiwan sebagai sebahagian China. Noktah.”