Jangan ajak saya naik roller coaster
Iklan
Permainan ekstrem sentiasa mempunyai risiko walaupun sudah melalui pelbagai pemeriksaan keselamatan.
SETIAP kali pergi ke taman tema, antara tarikan paling popular sudah tentu roller coaster dan pelbagai permainan ekstrem yang lain.
Dari jauh nampak memang meriah. Orang menjerit, ketawa, ada yang angkat tangan macam sedang meraikan kemenangan Piala Dunia. Tetapi bagi saya, semua itu lebih seronok dilihat dari bawah berbanding menjadi penumpangnya.