Jerebu kembali, kesihatan perlu diberi perhatian

Iklan
Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 2 petang semalam.

JEREBU kini kembali melanda beberapa kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Ia perlu diberi perhatian serius kerana kesannya bukan sahaja terhadap persekitaran, malah kesihatan semua pihak.

Iklan
Iklan

Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 2 petang semalam dengan Selangor mencatatkan jumlah terjejas tertinggi iaitu enam kawasan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Azuri Azizah Saedon berkata, kemerosotan kualiti udara dikesan terutama di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia serta beberapa kawasan di Sarawak berikutan pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah.

Iklan

Pencemaran udara boleh menjadi ancaman yang boleh menjejaskan kehidupan seharian, terutama apabila orang ramai terdedah kepada udara yang tidak sihat dalam tempoh berpanjangan.

Golongan paling berisiko ialah kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan, khususnya berkaitan sistem pernafasan dan jantung.

Iklan

Bagi golongan ini, pendedahan kepada udara tercemar boleh menyebabkan keadaan kesihatan menjadi semakin terjejas jika langkah pencegahan tidak diambil dengan sewajarnya.

Oleh itu, orang ramai perlu lebih peka terhadap perkembangan semasa dan memantau bacaan IPU bagi membolehkan langkah berjaga-jaga diambil mengikut tahap kualiti udara.

Misalnya, mengurangkan aktiviti di luar rumah terutama jika tidak mempunyai keperluan mendesak untuk berada dalam persekitaran terbuka.

Penggunaan pelitup muka yang sesuai juga boleh menjadi antara langkah perlindungan bagi mengurangkan pendedahan kepada bahan pencemar di udara.

Dalam masa sama, masyarakat perlu memastikan tubuh sentiasa mendapat rehat yang mencukupi dan mengekalkan pengambilan air yang mencukupi bagi menjaga kesihatan.

Jerebu mungkin menjadi fenomena yang berulang, namun kesedaran dan langkah menjaga kesihatan tidak seharusnya hanya muncul apabila keadaan semakin kritikal.

Ini kerana pencegahan awal sentiasa lebih baik daripada menanggung kesan di kemudian hari.