Selamat datang Encik Jerebu
Iklan
Jadikanlah jerebu kali ini peringatan bahawa udara bersih bukan sesuatu yang boleh dianggap akan sentiasa ada. Foto Bernama
DUA tiga tahun kebelakangan ini kita kurang menyebut perkataan jerebu. Bukan kerana ia tidak berlaku, tetapi skala kehadirannya dianggap kecil dan tidak serius.
Tahun lalu misalnya, hanya kawasan di sekitar Seremban, Nilai, Kuantan, dan Johan Setia yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Itu pun setakat lebih sedikit daripada 100.