Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan kawasan

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu meliputi seluruh Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Iklan
Iklan

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Larut Matang dan Selama, Kerian, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Terengganu amaran meliputi Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Selain itu, kawasan dijangka terjejas di Pahang ialah Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin; Hulu Selangor di Selangor serta Muar, Segamat, Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Iklan

Sementara itu, di Sarawak amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Miri (Telang Usan dan Bario), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Kapit, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Sri Aman, Samarahan (Simunjan, Sebuyau dan Gedong) dan Serian.

Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas termasuk Pedalaman, Sandakan (Tongod, Sandakan, Labuk dan Sugut dan Telupid) dan Pantai Barat.- Bernama

Iklan