KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (NARRA) yang bergerak ke arah timur pada kelajuan 19 kilometer sejam (km/k) pada jarak kira-kira 1,630km Timur Laut Tumpat, Kelantan.
Menurut MetMalaysia, ribut itu mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j, namun tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia setakat ini.
Jabatan itu memaklumkan kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 5 petang tadi adalah di latitud 19.5 utara dan longitud 108.5 timur, kira-kira 47km dari Utara Basuo, China. - Bernama