SHAH ALAM - Dua individu ditemui terbaring di atas jalan dipercayai akibat ditetak dalam kejadian di Seksyen 28 di sini pada Selasa.
Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan situasi tegang apabila beberapa individu dilihat berlari di lokasi berkenaan.
Dalam rakaman sama, terdapat individu lain dilihat terbaring di atas jalan, manakala beberapa hantaran lain turut berkongsi gambar memaparkan dua individu dalam keadaan berkenaan.
Bagaimanapun, keadaan kedua-dua individu terbabit serta punca kejadian masih belum dapat dipastikan.
Dakwaan bahawa kejadian itu membabitkan kes tetak juga masih belum dapat disahkan.
Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan lanjut pihak polis berhubung kejadian berkenaan.