Pinjaman sehingga RM127 juta kepada Al-Rawda, KPF digesa beri penjelasan - Radzi Jidin
Iklan
Radzi Jidin
SHAH ALAM - Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) digesa untuk memberi penjelasan segera berhubung pinjaman sehingga RM127 juta yang diberikan kepada syarikat Al-Rawda Investment for Real Estate Development & Project Management Ltd. (Al-Rawda).
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, antara persoalan yang timbul daripada pinjaman tersebut adalah sama ada tindakan memberikan pinjaman kepada Al-Rawda bercanggah dengan Seksyen 51(1) Akta Koperasi 1993 serta Fasal 66 Undang-Undang Kecil Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pada masa sama pihak berkenaan perlu perjelaskan asas kepada pemberian pinjaman sehingga RM127 juta kepada syarikat Al-Rawda.
"Selain itu, apakah telah dibuat due diligence sebelum pinjaman tersebut diberikan dan siapakah yang bertanggungjawab meluluskan pemberian pinjaman kepada Al Rawda?
Iklan
"Seterusnya, apakah status sebenar tindakan undang-undang untuk mendapatkan balik jumlah hutang tersebut memandangkan sejak tahun 2019 pihak KPF menyatakan bahawa mereka dalam proses mengambil tindakan undang-undang.
"Adakah Rauda Al Aqiq Hotel yang dicagarkan oleh Al-Rawda kepada KPF adalah hotel sama yang telah dipajakkan oleh Al-Rawda kepada pihak Tabung Haji?" ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Selasa.
Iklan
Sebelum ini, Radzi berkongsi mengenai pelaburan Felda dalam syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantations (EHP) yang mencecah RM2,300 juta sejak 2016 didakwa tidak memberikan sebarang pulangan, selain Felda kini berdepan baki hutang sebanyak RM2,770 juta.
Katanya, nila pelaburan tersebut turut susut kira-kira 81 peratus dengan nilai saham EHP yang dibeli pada harga 584 Rupiah sesaham hampir 10 tahun lalu kini hanya sekitar 111 rupiah sesaham.
Tambah Radzi, berdasarkan penyata kewangan KPF untuk tahun 2014 hingga 2025, jumlah baki pinjaman tertinggi kepada Al-Rawda adalah RM127 juta, iaitu bagi tahun 2018.
Jelasnya, rekod menunjukkan pinjaman mula diberikan kepada Al-Rawda pada tahun 2014 dengan nilai baki sebanyak RM2.1 juta.
"Kemudian jumlah baki ini meningkat kepada RM9.9 juta pada tahun 2015. Pada tahun 2016, nilai baki pinjaman terus meningkat kepada RM40.5 juta.
"Pada tahun 2017, nilai baki sebelum dibuat penjejasan hutang yang tidak boleh dikutip ialah RM41.3 juta.
"Untuk tahun 2014 hingga 2017, jumlah yang dipinjam oleh Al-Rawda dinyatakan secara jelas dalam penyata kewangan di bawah kategori 'Lain-lain Penghutang'. Untuk tahun 2019 sehingga 2025, jumlah tersebut direkodkan di bawah kategori 'Pembiayaan Korporat'," ujarnya.
Mengulas lanjut beliau berkata, pada muka surat 90 penyata kewangan tahun 2021, dinyatakan bahawa jika Al-Rawda tidak boleh membayar balik pinjaman yang KPF berikan, maka Dr Mashhoor Ali Al-Madodi (Penjamin) akan membayar kepada pembiaya (KPF).
"Ia akan dibayar dalam tempoh terdekat atas permintaan berkaitan pembayaran hutang dan tanggungan yang mana tertunggak dan belum bayar oleh Al Rawda”.
"Dinyatakan juga penjamin mencagarkan Altahliya Hotel, Jeddah dan Rauda Al Aqiq Hotel, Madinah yang masing-masing bernilai saksama RM223,189,000 dan RM276,754,000," ujarnya.
Beliau berkata, Jabatan Audit Negara sentiasa menjalankan pengauditan berdasarkan piawaian kewangan serta bukti sahih sebelum sesuatu penyata atau sijil audit dikeluarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793423/berita/nasional/tiada-bukti-penyelewengan-tabung-haji-saya-tak-faham-erti-sakau---bekas-ketua-audit-negara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.