Alor Gajah, Bukit Rambai catat IPU tidak sihat

Iklan
Kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan kualiti udara susulan peningkatan bacaan IPU di beberapa kawasan sejak Isnin. Foto hiasan

MELAKA - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Stesen Alor Gajah dan Bukit Rambai berada pada paras tidak sihat setakat jam 10 pagi, Selasa.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin berkata,  

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan kualiti udara susulan peningkatan bacaan IPU di beberapa kawasan sejak Isnin.

“Saya menasihatkan rakyat Melaka supaya tidak panik, sebaliknya terus mengambil langkah berjaga-jaga sementara keadaan kualiti udara dipantau secara berterusan oleh agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Rais berkata, golongan yang lebih sensitif terhadap perubahan kualiti udara, khususnya pesakit asma, kanak-kanak dan wanita mengandung, disarankan mengurangkan aktiviti fizikal lasak atau terlalu lama di kawasan terbuka sekiranya keadaan udara kurang baik.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan mendapatkan rawatan sekiranya mengalami ketidakselesaan seperti batuk berpanjangan, sesak nafas atau gejala berkaitan pernafasan.

Iklan

“Pada masa sama, saya menyeru semua pihak supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, termasuk pembakaran sampah atau bahan lain yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.

“Kerajaan negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau bacaan kualiti udara dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya keadaan memerlukan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kebimbangan atau panik dalam kalangan masyarakat.