Mayat lelaki ditemui disyaki dibunuh

Iklan
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI - Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemukan maut di Kampung Sungai Division di sini disyaki dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat terbabit pada jam kira-kira 6.55 petang pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemungkinan kejadian terbabit mempunyai unsur jenayah.

"Kita percaya mayat berkenaan baru sahaja meninggal dunia ketika ditemukan, namun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Iklan

"Polis bagaimanapun sudah memperoleh nama panggilan mangsa, tetapi identiti sebenarnya masih dalam proses pengesahan," katanya.

Beliau berkata, polis turut meminta mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil.

Iklan

Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian juga diminta membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah dijadual mengadakan sidang media berhubung perkembangan kes berkenaan pada jam 2 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, pada Rabu.