Israel: Duri dalam daging Asia Barat

Iklan
Israel berulang kali mendakwa tindakan ketenteraannya dibuat atas alasan keselamatan dan kononnya untuk menghalang ancaman terhadap askar mereka.

ASIA Barat masih belum menemui jalan keluar daripada kitaran konflik. Ketika Perang Iran-Amerika Syarikat (AS) reda seketika, Israel pula membuat onar dengan melancarkan serangan ke atas Syria dan bertalu-talu membedil Lubnan ditambah pula dengan hubungan yang semakin tegang bersama Turkiye.

Israel berulang kali mendakwa tindakan ketenteraannya dibuat atas alasan keselamatan dan kononnya untuk menghalang ancaman terhadap askar mereka.

Iklan
Iklan

Damsyik kini menjadi sasaran terbaharu Israel yang sebenarnya untuk mengekang pengaruh Ankara. Tindakan tersebut semakin memburukkan keadaan apabila kempen ketenteraan Israel mencetuskan bantahan Turkiye, sekali gus menambah satu lagi titik panas dalam percaturan kuasa di Asia Barat.

Apabila Israel terus menyerang Syria atau Lubnan, ia boleh mencetuskan tindak balas dan meningkatkan ketegangan dengan negara lain. Konflik yang asalnya melibatkan satu pihak boleh dengan mudah menjadi pertikaian serantau.

Iklan

Di Gaza pula, derita penduduk Palestin seakan tiada penghujung. Ketika AS tampil mengusulkan pelan damai, bumi Gaza dibedil tanpa henti dan penduduk Palestin terpaksa hidup dalam ketakutan.

Yang membimbangkan ialah konflik ini semakin melibatkan banyak pihak. Bukan lagi soal Israel dan Palestin semata-mata, tetapi turut melibatkan Syria, Lubnan, Turkiye dan negara Arab lain.

Iklan

Jika keadaan terus berlarutan tanpa penyelesaian diplomatik, Asia Barat berisiko terjerumus ke dalam kemelut yang kian meruncing. Setiap serangan boleh membawa kepada respons agresif dan setiap tindak balas pula berpotensi mencetuskan serangan berskala besar yang sukar dikawal.

Persoalan yang timbul ialah sama ada kempen pencerobohan Israel sekadar soal keselamatan atau sebahagian usaha untuk memperluaskan pengaruh dan kawalan strategiknya di rantau tersebut.

Serangan berulang di Gaza, Lubnan dan Syria serta pelan untuk mengekalkan kedudukan pasukan rejim Zionis di kawasan tertentu pastinya menimbulkan kebimbangan tentang cita-cita jahat peluasan kuasa Israel di Asia Barat yang tidak pernah sunyi daripada konflik.

Apa yang lebih menggusarkan, setiap serangan berisiko mencetuskan konflik lebih besar yang boleh mengheret lebih banyak negara ke kancah peperangan.