Fakta dan mitos mencari kebenaran
Iklan
Dikisahkan bahawa di Tiga Segi Bermuda terdapat kerajaan makhluk asing atau UFO.
SAYA terlopong apabila seorang teman bercerita kisah Segi Tiga Bermuda. Waktu itu, pada tahun 1985 saya baru memasuki sekolah berasrama di bandar Jitra. Seperti biasa, anak-anak kampung cepat teruja dengan cerita yang aneh dan luar biasa.
Secara tepatnya Segi Tiga Bermuda ini menghubungkan tiga titik utama iaitu Bermuda, Puerto Rico dan Miami. Dikisahkan bahawa di situ terdapatnya kerajaan makhluk asing atau yang kita namakan sebagai UFO. Bagi orang kampung, kerajaan jin ada di situ. Hebatnya segi tiga ini, bukan sahaja air laut yang memusar ini boleh menenggelamkan kapal yang lalu di perairan itu, malah pesawat di udara pun boleh ditarik juga.