'Sekarang nak dapat RM100 pun susah!'
Iklan
Fenomena air biru yang kerap melanda Sungai Perak sejak akhir-akhir ini menimbulkan keresahan dalam kalangan nelayan darat. FOTO: Nelayan
GERIK – Fenomena air sungai bertukar warna kebiruan yang berulang kali berlaku di Sungai Perak berhampiran Sungai Rui di sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan darat terhadap keselamatan sumber air, kelangsungan hidupan akuatik dan masa depan periuk nasi mereka.
Lebih membimbangkan, kejadian yang dahulunya berlaku sekali-sekala kini didakwa berlaku sehingga dua hingga empat kali sebulan, menyebabkan ikan mati, hasil tangkapan merosot dan pendapatan nelayan terjejas teruk.