Reformasi PH untuk siapa?
Iklan
Penganalisis berpendapat, reformasi institusi sememangnya penting kepada PH kerana ia merupakan ‘makanan ruji’ kelompok pengundi bandar, berpendidikan tinggi dan berpendapatan tinggi yang sekian lama menjadi sebahagian asas sokongan parti itu.
AGENDA reformasi menjadi antara janji terbesar Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat Malaysia, khususnya selepas gelombang perubahan politik 2018 yang membawa harapan terhadap pembaharuan institusi, pengukuhan semak dan imbang serta pengurangan kuasa budi bicara eksekutif.
Namun hampir empat tahun selepas Kerajaan Perpaduan mentadbir Putrajaya, persoalannya bukan lagi sama ada reformasi masih diperlukan tetapi reformasi apakah yang sebenarnya mahu dirasakan rakyat?