Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga tengah malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 8.30 malam memaklumkan seluruh Perlis terlibat manakala di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.

Iklan
Iklan

Di Sarawak, amaran itu meliputi Mukah (Dalat, Matu dan Mukah), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Bario dan Marudi) serta Limbang.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang dan Tenom) serta Sandakan (Sandakan dan Labuk & Sugut). - Bernama

Iklan
Iklan