Jangan berbangga lakukan kesalahan: Ismail Sabri

Iklan
Paparan facebook Polis Daerah DUngun mengenai kejadian menipu polis untuk melepasi sekatan jalan raya PKP. Gambar kiri: Ismail Sabri Yaakob. – Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan mengingatkan mana-mana individu agar tidak berbangga apabila melakukan kesalahan dan cuba mempengaruhi orang lain untuk mengikut tindakan mereka.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut merujuk kepada tindakan seorang lelaki yang dikatakan membawa pulang keluarga mereka ke Kuala Lumpur dengan berkongsi cara untuk menipu polis.

Iklan
Iklan

"Saya beri ingatan jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut tindak-tanduk kesalahan kita. Polis telah mengenal pasti individu tersebut dan akan mengambil tindakan.

"Tidak ada sesiapa boleh terlepas jika lakukan kesalahan lebih-lebih lagi mereka secara terang mengakui ingkar kepada peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

"Tolong jangan berbangga dengan kesalahan dilakukan dan menganggap telah menjadi seorang hero kerana tindakan tersebut hanya akan menyusahkan diri sendiri," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Semalam tular di media sosial berhubung seorang lelaki membawa keluarganya pulang ke Kuala Lumpur dengan memberikan alasan membawa anak ke hospital bagi mengelak ditahan pihak berkuasa yang membuat sekatan jalan raya.

Iklan
Paparan sebuah keluarga yang tular kerana menipu polis.