CHAGEE semarak Merdeka dengan tema kraf, satukan rakyat menerusi teh dan wau

Iklan
CHAGEE sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini bertemakan Kraf menerusi secawan teh. CHAGEE memperkenalkan minuman edisi terhad Seri Embun sempena sambutan Hari Kemerdekaan. (kanan)

KUALA LUMPUR - CHAGEE Malaysia (CHAGEE) menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini dengan bertemakan ‘Kraf’ yang membawa semangat kebersamaan rakyat melalui secawan teh, seni komuniti dan tradisi permainan wau.

Inisiatif berkenaan mengambil inspirasi daripada kepelbagaian masyarakat Malaysia yang disatukan menerusi warisan budaya, tradisi serta aktiviti yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat.

Iklan
Iklan

Menurut CHAGEE Malaysia, tradisi berkumpul sambil menikmati teh sejak sekian lama menjadi ruang untuk masyarakat daripada pelbagai latar belakang berinteraksi, mengeratkan hubungan dan berkongsi pengalaman.

Sempena sambutan itu, CHAGEE memperkenalkan minuman edisi terhad Seri Embun, iaitu Vanilla Oolong Milk Tea yang diinspirasikan daripada seni kraf tangan Malaysia.

Iklan

Pengurus Besar CHAGEE Malaysia, Eason Fang berkata, penghasilan Seri Embun mengambil konsep menggabungkan dua rasa berbeza dalam satu cawan bagi menghasilkan keharmonian rasa.

"Teh Wuyi Da Hong Pao memberikan rasa yang mendalam, manakala vanila Madagascar melengkapkannya dengan sentuhan yang lembut.

Iklan

"Kejayaan menghasilkan keharmonian rasa dalam setiap hirupan inilah perkara yang paling bermakna buat kami," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Teh CHAGEE dihasilkan khusus untuk semua dan rangkaian premis telah disahkan Halal di seluruh negara.

Dalam pada itu, CHAGEE turut mengetengahkan wau sebagai simbol harapan, kebebasan dan keriangan berkumpul bersama sempena sambutan Merdeka.

Orang ramai dijemput menyertai acara CHAGEE Sip & Soar di Taman Metropolitan Kepong dari 24 hingga 27 Ogos ini, bermula jam 3 petang hingga 7.30 malam.

Pelbagai aktiviti disediakan termasuk menikmati minuman Seri Embun, bengkel kraf layang-layang, Cabaran Kite Wind Challenge serta penghasilan karya seni komuniti berskala besar.

Selain itu, Layang-Layang Challenge turut berlangsung di premis CHAGEE terpilih sehingga 30 Ogos.

Menerusi kempen itu, pelanggan yang membeli dua cawan Seri Embun dan menyanyikan lagu bertemakan ‘terbang’ kepada kru CHAGEE berpeluang menerima set layang-layang DIY secara percuma, tertakluk kepada terma dan stok yang tersedia.

Pelanggan juga berpeluang memuat naik hasil seni layang-layang yang dihias ke media sosial untuk merebut barangan eksklusif Merdeka.

Seramai 20 pemenang akan dipilih untuk menerima set Sabun Mini Vanila, botol minuman Diversi-tea edisi terhad serta layang-layang unik CHAGEE.

Bagi memeriahkan lagi sambutan, CHAGEE turut memperkenalkan koleksi barangan edisi terhad bertemakan Kraf untuk pasaran Malaysia bermula 14 Ogos lalu.

CHAGEE menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini menerusi tema Kraf yang membawa semangat kebersamaan rakyat.

Pelanggan yang membeli dua cawan bersaiz besar Seri Embun dalam satu resit akan menerima Sabun Mini Vanila secara percuma, selagi stok masih ada.

Minuman Seri Embun juga disajikan dalam cawan dan beg bertemakan khas sambutan Hari Kemerdekaan.

Ahli aplikasi CHAGEE pula berpeluang menikmati tawaran eksklusif sepanjang tempoh sambutan sehingga 31 Ogos ini.